Showing posts with label Cheesekut Nestum. Show all posts
Showing posts with label Cheesekut Nestum. Show all posts

Tuesday, 15 September 2015

Gambar hiasan dari wawa
Resepi cheesekut nestum ni sebenarnya da lama ianya gabungan cheese+nestum,tp br terasa nak buat sendiri,hehe sbb biasanya suh org yg buatkan tuk kte..haaa nmpk x kemalasan yg telah melanda diri.
Okayla resepi asalnya drpd bestari206yati.
So disebabkan saya x suka manis sgt jd sya kurangkan sedikit manisnya ikut resepi asal.


Bahan2nya:


1 peket biskut deluxe creamcrackers 
1/3 tin susu pekat manis
250g  creamcheese sy guna Cream Cheese Turtura je
sedikit susu full cream
sedikit Nestum
Tp biasanya sya add up nuttela bgi warnanya menarik


Bagaimana membuatnya:

1. Pukul creamcheese hingga kembang.
2. Masukkan 1/3 tin susu pekat. Putar sekejap kemudian masukkan sedikit susu segar (pastikan bancuhan tidak terlalu pekat atau cair).ketepikan


3. ambil biskut dan celup dalam susu full cream (celup untuk bagi air susu serap dalam biskut tapi jangan lembik sangat ye). Then susun dalam loyang atau bekas bertutup n lapis dengan plastik wrap supaya senang nak angkat masa dihidang nanti.
4. Bila dah jadi selapis, ratakan creamcheese di atasnya tadi then tabur nestum.
5. Ulang langkah 3 & 4 hingga penuh loyang.
6. tutup dan simpan dalam peti sejuk semalaman.
7. potong dan sedia untuk dihidang. (nak senang potong guna pisau ke/plastik ye)

Saya akan update gambar cara membuatnya dalam masa yang terdekat ye.insyaallah.




0

Author