Showing posts with label kek marble cheese. Show all posts
Showing posts with label kek marble cheese. Show all posts

Monday 21 March 2016

gambar hiasan
Assalamualaikum semua dan salam sejahtera.

Alhamdulillah,saya sempat juga menyediakan kek kegemaran sahabat baik saya iaitu Marble Chocolate Cheese Cake.Ermm dengar macam sedap kan?memang sedap bila cheese n choc masuk ke dalam mulut anda taw..(yummy!!)and thanks to emiliaputeri.blogspot.com kerana sudi kongsi resepi yang mudah untuk dijadikan panduan.



Bahan-bahan Brownies :


250gm mentega
1 cwn serbuk koko 
3 biji telur gred B 
1 1/2 cwn gula castor 
1/2 cwn susu cair 
1 1/2 cwn tepung gandum (Ayak dgn Baking powder  & Soda Bicarbonate )
1 tsp baking powder 
1 tsp soda bicarbonate 
1 tsp esen vanilla 
kacang Almond hancur(if nak letak boleh add on ye)

Cara-cara:


1. Cairkan mentega. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.

2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati. 

3. Masukkan susu cair dan kacau sebati. 


4. Masukkan tepung+Baking powder+ Soda Bicarbonate sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.

5. Panaskan oven pada suhu 175 darjah cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.bukan apa susah nak keluarkan brownies tu nanti



6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah. tapi ikut oven saya kena bakar dalam 40min baru jadi.. :) 




Bahan-bahan lapisan cheese:


250g cream cheese 
1 cwn gula castor 
1 biji telur gred B


Cara-cara:


1. Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.

2. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

(Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan.)

Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Tapi dah namanya Marble Cheese Brownieskan, kenalah lorek macam marble. Caranya seperti gambar di bawah. Buat line panjang-panjang dulu. Pastu tarik ke kanan (guna lidi). Kemudian ke kiri. Selang-seli hingga siap.nak tengok cara lorekkan anda boleh klik di sini ye.

Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15 minit atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

tadaaa dah siap..bila dah siap mesti anda semua teruja untuk hidangkan buat yang tersayang kan?hihi

(if corak x menjadi x pe jgn putus asa yang penting effort kita sendiri mana tau lepas nie akan jadi lebih perfect betul x?)

Selamat Mencuba!!!





0

Author