gambar hiasan |
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,,
Bila time lunch nie dapatlah sedikit sebanyak mengupdate blog nie..lama dah rasanya x update resepi baru buat rujukan semua..Sebelum terlupa salam ramadhan buat semua muslimin serta muslimat sekalian.Harap dalam bulan yg penuh kebaikan digunakan sebaik mungkin,,insyaallah. :)
Ok resepi yang saya ingi kongsikan hari ini adalah MERINGUE COOKIES ..pernah dengar x sebelum ini???Cookies nie cute2 je tau..mcm choc kisses pun ada rupanya..Ok jom kita tgk bahan apa yg diperlukan utk membuatnya..boleh cuba hujung minggu ini,dan buat salah satu hidangan di hari raya nnt..
4 biji putih telur
1 Cawan Gula
Secubit Krim Of Tartar
1 1/2 choc chips(ikut kesukaan masing2)
1/2 sdt vanilla extract
Panaskan ketuhar 175 F
Cara Membuatnya:-
1)Siapkan piping beg dan dulang pembakar yang dialas dengan parchment paper supaya tidak melekat
2)Satukan putih telur, gula dan krim of tartar. Renehkan atas double boiler sehingga gula hancur.
3)Kacau sehingga gula hancur.
4)Alihkan dari api dan pukul, bermula dari speed rendah sehingga speed tinggi. Pukul sehingga menjadi soft peak dan bertanduk
5)Kalau ingin menambahkan perisa boleh dimasukan apabila adunan sudah kental. Boleh campurkan perisa kopi, koko atau diwarnakan mengikut kegemaran anda dan boleh add up choc @ sebagainya.
6)Masukkan dalam piping dengan menggunakan acuan bintang atau bulat.
7)Pipe seperti digambar di atas dan bakar selama 2 jam.
ada petuanya???apakah dia ye?
sumber:-mymintroom
1)Kalau nak asingkan putih telur, lebih mudah mengasingkan sewaktu sejuk (masukkan dalam peti sejuk dahulu). Tetapi bila nak putar telur mesti pada suhu bilik.
2)Mangkuk yang diperbuat dari logam atau kaca adalah terbaik untuk menghasilkan meringue yangberkali-ganda dari segi volume. Bekas yang diperbuat dari plastik selalunya ada tinggalan lemak dan minyak yang boleh menyebabkan putih telur tidak naik bila dipukul. Boleh juga lapkan mangkuk dengan sedikit cuka untuk membuang kesan minyak dan lemak pada mangkuk sebelum digunakan dan pastikan mangkuk betul-betul kering dan bersih sebelum digunakan.
3)Jangan ada sedikitpun kuning telur tercampur dalam putih telur yang dah diasingkan. Kalau ada, lebih baik jangan digunakan terus telur tersebut. Jangan nak cuba ambil keluar kuning telur dengan jari sebab memang takkan berjaya.
4)Gula mesti dimasukkan sedikit demi sedikit dalam anggaran sesudu besar. Memang lecehkan, tapi ini penting. Setiap sudu selalunya saya biarkan selama seminit sebelum memasukkan sesudu gula yang seterusnya sehingga habis. Gula yang tidak larut atau sebati akan megeluarkanmoisture/lembapan apabila dibakar dan ini akan merosakkan meringue tersebut serta meringueakan mendap selepas dibakar. Seeloknya gunakan gula pasir halus atau gula kastor kerana ia lebih mudah larut.
5)Soft peak lebih sesuai untuk pie. tetapi untuk pavlova atau meringue, telur mesti dipukul hingga stiff peak dan berkilat. Selepas gula habis dimasukkan, terus kan pukul selamat 8-10 minit pada kelajuan tinggi. Rasa dengan hujung jari jika masih ada rasa gula yang belum hancur, teruskan pukul.
6)Oven yang terlalu panas
7)Meringue mesti dibiarkan dulu dalam oven selepas masak. Ini akan membantu ia terus mengering dan mengelakkan ia dari merekah. Ini kerana meringue sangat mudah rapuh.
8)Elakkan dari membuat meringue pada cuaca lembap. Gula dalam meringue boleh menyerap lembapan dan menyebabkan hasilnya menjadi kenyal. Ini juga akan menyebabkan meringueperlukan masa yang lebih lama untuk masak dan masa yang lama juga untuk mengering di dalam oven selepas masak.
Selamat Mencuba ye semua!!! :)
Selamat Mencuba ye semua!!! :)