Showing posts with label VARIETY OF KEK KUKUS & KEK BAKAR. Show all posts
Showing posts with label VARIETY OF KEK KUKUS & KEK BAKAR. Show all posts

Monday 1 September 2014

Kami sekeluarga memulakan perniagaan secara online yang beroperasi selama 
2 tahun.Kebiasaannya kami mendapat tempahan dari pelangan yang ingin membuat sesuatu event seperti majlis kesyukuran,pertunangan dan perkahwinan.Ada juga yang menempah secara 
ala- carte untuk dihidangkan pada family tercinta.Pelbagai kek kukus menjadi kegemaran anak-anak sekarang ini.apatah lagi bila menjelang musim perayaan pasti ramai yg mencari pelbagai resepi untuk baking kan?So di sini saya ingin memberikan satu resepi mudah untuk puan2 lakukan dirumah..Semoga Berjaya!!! :)


KEK KUKUS COKLAT LEMBAB, MUDAH DAN MENJADI.
Bahan A


1 cawan serbuk koko ( tak kisah jenama apa pun )
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat

Bahan B 
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Bahan C 
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur (suhu bilik)

Cara membuatnya:

1. Ayak semua Bahan B dan ketepikan seketika.
2. Masukkan semua bahan A kedalam periuk, dan kacau hingga sebati dengan menggunakan api yang kecil dan sejukkan.
3. Pecahkan telur kedalam mangkuk besar dan pukul hingga kembang. Tuang bahan A tadi bersama esen vanilla kedalam telur tadi sambil di kacau hingga sebati.
4. Masukkan tepung yang di ayak bersama baking powder dan soda bikarbonat (Bahan B) dan kacau lagi hingga sebati selama 5 minit



5. Tuang adunan dalam loyang dan ikat dengan beg plastik. Boleh juga pakai aluminium foil. Pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan. 

6. Kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa.

7. Angkat  dan tunggu kek sejuk dahulu sebelum di potong. 

BAHAN UNTUK TOPPING (ganache) 
(saya ubah suai sedikit)
Bahan-bahan
300 gm coklat masakan - dipotong kecil
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter

Cara:

1. Panaskan susu cair dan susu pekat dengan kaedah double boiler.

2. Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair. Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lagi hingga cair.

3. Curahkan ganache atas kek yang masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek.

4. Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais. Boleh juga dinikmati ketika suam-suam panas.
jeng..jeng..jeng...nilah hasilnya!!!

 KEK CHOC MOIST


KEK BAKAR MOCHA & VANILLA 

KEK BAKAR PANDAN IN BOXES FOR EVENT


 KEK BAKAR MARBLE

KEK BAKAR PANDAN



 KEK KUKUS MARBLE PASTEL


 KEK BAKAR MARBLE


 KEK KUKUS CHOC CHEESE


 KEK KUKUS OREO

KEK CHOC MOIST 


KEK TRIO MARBLE 


KEK KUKUS ORANGE 


KEK KUKUS PANDAN 


KEK KUKUS MARBLE 


 KEK KUKUS TRIO 



KEK MINYAK PELANGI


CHOC MOIST CAKE IN CUP FOR EVENT




KUKUS KEK  MOCHA,CHOC & VANILLA 
0

Author