Showing posts with label CheezY BaLL. Show all posts
Showing posts with label CheezY BaLL. Show all posts

Monday 16 November 2015

gambar hiasan
Assalammualaikum & selamat pagi semua,

okay la hari ni nak kongsi sedikit mengenai resepi yang mudah iaitu Cheezy BaLL..
pernah dengar x?if uoll pernah makan bebola cheese kat KFC tu mesti tau resanya macam mana kan??ataupun sesetengah orang menyebutnya dengan nama chewy cheese wrecking ball.
resepi nie saya refer dari secubit garam  tapi saya ada tukar bahan-bahannya sikit. Maaf yer tuan empunya resepi.


Cheezy BaLL

Bahan : 

3@4biji ubi kentang(ikut saiz kentang)
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan minyak masak
Cheese 1 bungkus. (parmesan,mozzarella,cheddar -ikut kesukaan masing2 ye)~potong kecik pastu bulatkan.
1/2 sdt serbuk lada putih/lada hitam
sedikit garam halus
1/2 sdt serbuk pati ayam
Serbuk roti/Breadscrumb
2 biji telur

Cara:




Rebus kentang. toskan. Lenyek then Masukkan serbuk lada putih/lada hitam, garam, pati ayam.

Masukkan tepung dan uli sebati.kemudian masukkan minyak masak



Ambil sedikit adunan..masukkan cheese kat tengah dan tutup. bulatkan kecil2 (ala2 cute gitu)

Kalau adunan melekat pada tangan...sapukan sedikit tepung gandum

Celupkan dalam telur...kemudian salutkan dgn serbuk roti/Breadscrumb



Goreng api perlahan sehingga berwarna keemasan.
(kalau api kuat...luar hangus tapi cheese kat dalam tak sempat nak cair dan kadang kala kurang masak)




* tip dari blog secubit garam
- masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum (jgn letak kesemua sekaligus, ) dan uli
-bila adunan dah tak melekat di tangan, boleh la stop masukkan tepung gandum (kalau doh terlalu keras nanti cheese ball agak keras bila dimakan)
- teruskan kepada proses meletakkan cheese dan bulatkan.

SELAMAT MENCUBA 




insyaallah dengan takzirah pendek ini di pagi hari akan membawa manfaat pada kita semua.

"Allah sempurnakan seseorang yg sabar. Maka hendaklah bersabar dgn ujian dan perintah Allah. Bersabar dalam melaksanakan  tanggungjawab rumahtangga"


0

Author