Wednesday 22 April 2015

Kuih Lopes

Hujan-hujan macam nie teringin pulak nak makan kuih lopes..ehmmm sedapnye..So belek punya belek dah dapat pun resepi yg paling mudah utk membuatnya..so saya pilih nukilan Azie Kithchen.OK mulakan masakan ini dgn lafaz Bismillah..



Kuih Lopes

Bahan-bahan:

2 cawan beras pulut susu
2 cawan santan cair
1/2 cawan air daun pandan - dikisar beberapa helai daun pandan
1/2 sudu kecil air kapur
1/2 sudu kecil garam
Beberapa titis pewarna hijau
Kelapa parut - gaul dengan sedikit garam

Cara-cara:
Cuci beras pulut, rendam beras pulut dengan air, pewarna hijau dan air kapur selama 1/2 jam. Sementara itu, kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya. Ketepikan dulu.

Kemudian toskan beras pulut dan masukkan ke dalam loyang. Lepas tu, masukkan santan, garam dan air pandan. Gaul rata. Panaskan pengukus sehingga air mendidih dan dikukus sehingga masak atau 3/4 masak pun tak apa sebab akan dikukus lagi.


 









Bila santan kering, kacau rata supaya pulut masak rata. Kukus seketika lagi sebelum diangkat. Sejukkan seketika.

Bentangkan plastik, bubuh pulut ikut kadar yang dikehendaki dan gulungkan daun tersebut dua atau tiga lapis. Punjutkan bahagian kiri dan kanan sambil dipadatkan. Ikat dengan benang atau tali rapia/getah

Susun di atas periuk pengukus dan kukus sekali lagi selama 15 minit atau lebih. Sejukkan dan potong dengan menggunakan benang yang ditegangkan dikedua dua belah atau menggunakan pisau sahaja. Gaulkan dengan kelapa parut yang telah digaul dengan garam.

Sedia untuk dihidangkan bersama air gula Melaka yang telah disejukkan.

Sementara pulut dikukus, bolehlah disediakan air gula. Hidangkan kuih lopes dengan air gula yang disejukkan.


Air Gula Melaka

Bahan bahan:
3 ketul gula Melaka
5 sudu besar gula pasir
3 cawan air
2 helai daun pandan- disimpul

Cara-cara:
Masukkan semua bahan dalam periuk, bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.

Nota:
Lebih sedap jika air gula Melaka disejukkan dalam peti ais seketika sebelum dihidangkan.

No comments:

Author