Wednesday 27 May 2015

Biskut Pelangi Lidah Kucing

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

hari nie rasa macam nak share resepi kuih raya plak.Ye lah kan x lama lagi dah nak masuk bulan puasa.so mesti korang tgh fikirkan kuih apa lah yg nak buat nanti.
So kat sini saya akan kongsikan cara2 buat biskut pelangi lidah kucing..tentu2 menjadi rebutan kanak2..
ye lah kan warna warni sangat..
-gambar hiasan-


Resepi Oleh: KakWan@Citarasawan


Bahan2:-

250gm mentega
175gm gula kastor
100ml putih telur
200gm tepung gandum 
50gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex (perangup biskut)

Pewarna ungu, biru, hijau, kuning, oren dan merah

Dulang khas lidah kucig rainbow

Loyang lidah kucing digris dengan mentega 

Caranya:-

1. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan emplex. Ketepikan.

2. Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.

3. Masukkan tepung dan kaup balikkan dengan spatula hingga rata. (tp boleh juga guna mixer)

4. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan letak dengan pewarna berlainan

5. Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozel bulat dan picit lurus mendatar ke dalam loyang lidah kucing mengikut susunan warna pelangi. ( tak gunakan nozel pun boleh ,hujung piping bag tu potong sama besar dengan yang lain)

6. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pada suhu 150C selama 15-20 minit. 
Jangan biarkan permukaan atas keperangan kerana menengelamkan warna pelangi.

7. Biarkan sejuk dahulu dan simpan di dalam bekas kedap udara.

So,nnt saya akan update semula step by step how to make it biskut pelangi lidang kucing ini ye :)


No comments:

Author