Wednesday, 13 May 2015

Hokkaido cuppies

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Okeylah, hari ni nak buat cupcake ni  nama cuppies ni Hokkaido.Pelik kan..tp mmg sedap tau..


BAHAN BAHAN
resepi ni berpandukan dari resepi MamaFami
(utk 8 cups)

Bahan A
2 biji kuning telur
secubit garam
20g minyak jagung ( guna minyak sayuran pun boleh)
20g fresh milk
1/2 sudu kecil vanilla essence
25g tepung kek - diayak

Anda boleh juga refer video ini sebagai contoh,tetapi beliau menggunakan custard filling untuk Hokkaido cuppies ini.


CARA CARA
1. Panaskan oven 170c
2. Didalam mangkuk, pukul kuning telur bersama garam sehingga pucat dan berkrim. Setelah itu, masukkan minyak, susu dan vanilla essence. Pukul sebati. Kemudian, masukkan tepung kek yg diayak kedalam adunan. Pukul sehingga sebati. Ketepikan
3. Didalam mangkuk lain, masukkan putih telur. Pukul sehingga berbuih. Kemudian, masukkan jus lemon/cream of tartar. Pukul lagi. Kemudian, masukkan gula. Pukul sehingga kental.
4. Masukkan separuh bahan (3) tadi kedalam bahan (2). Gunakan spatula dan kaup balik adunan. Jangan terlalu menggaul. Kemudian, masukkan bahan2 yg dikaup balik itu kedalam pukulan putih telur yg berbaki tadi. Kaup balikkan sehingga sebati.
5. Masukkan kedalam cup dan bakar sehingga 20 minit.
6. Jika dah masak, terbalikkan cupcakes tersebut. Jangan takut jika cupcake mendak sebabnya kita nak masukkan frosting kedalam cupcakes.











Bahan B
Anda boleh pilih samaada nak letak custard fillingCream cheese frosting.

Cream Custard

1 sudu besar tepung 
1 sudu besar tepung jagung 
4 sudu besar gula 
200ml (1 cup) susu segar 
1 biji telur (L size) 
1 sudu besar mentega 

1 sudu teh esen vanila 

Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk. 
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi. 
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau. 
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. 
Masak sehingga pekat. 
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata. 

Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.


Cream cheese frosting

2 biji putih telur
1/4 sudu kecil cream of tartar (x de bole ganti dgn  1/2 sudu kecil jus lemon)
40g gula
80ml whipping cream
50g cream cheese - dilembutkan


25g gula
1. Didalam mangkuk besi yg dibawahnya diletakkan air sejuk/ais, masukkan whipping cream. Pukul sehingga berbuih. Kemudian, masukkan gula dan pukul sehingga kental. Setelah itu, masukkan cream cheese dan pukul sebati.

Penyediaan.
1. Masukkan frosting kedalam piping bag. Kemudian, cucukkan nozzle kedalam cupcakes tadi. Picitkan kedalam cupcake yg mendak tadi sehingga berkeadaan  naik sedikit. Setelah itu, keluarkan perlahan2 nozzle tersebut sambil dipicitkan sedikit demi sedikit diluar cupcakes. 
2. Boleh juga diletakkan buah ceri ataupun buah2 yg disukai diatas cupcakes. 

so nie contoh gambar for Hokkaido cuppies ini.. 



selamat mencuba :)


No comments:

Author