Wednesday 20 May 2015

PANDAN CUSTARD LAYERED CAKE

Assalamualaikum & salam sejahtera semua..


saya nak berkongsi satu resepi yang sangat2 best tau iaitu :-
RESEPI PANDAN LAYERED CAKE..

macam mana cara layer cake???cuba lihat video ini

Anda pernah cuba tak sebelum ini?Saya dah lama x buat kek ni,cuma simpan je resepi nya.Ni disebabkan ada order dari customer terpaksa refreshkan semula macam mana nak buat RESEPI PANDAN LAYERED CAKE CUSTARD ni dengan cara yang betul dan semestinya inginkan yg sedap betul x?

So Bahan2 nya:-
*125 gm tepung gandum
* 1 camca teh baking powder (*disatukan dan diayak)
160 gm gula pasir
5 biji telur gred A
75 gm minyak jagung
15 gm ovallete
1 sudu teh pes pandan
2 sudu besar susu segar/cair

mula2 kita kena buat sponge cake pandan dulu 

1. Satukan semua bahan2 kecuali tepung ke dalam bowl mixer.


2. Pukul hingga kembang dan gebu




3. Bila dah betul2 kembang,
perlahankan speed mixer dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis.

4. Putar sehingga betul2 sebati.

5. Griskan loyang dengan marjerin dan alaskan permukaan bawah loyang dengan kertas minyak..(utk elakkan melekat)

6. Kemudian bakar dalam oven pada suhu 180 celsius selama 30 minit.
Bila cake dah masak, biarkan cake betul2 sejuk pada suhu bilik.

7. Kemudian potong cake kepada 3 bahagian.kalau x de alat pemotong juz guna pisau pun boleh :)


Now cara2 membuat kastard pandan pulak ye:-

bahan2 :-
1050 ml santan
225 gm gula pasir
12 gm serbuk agar2
85 gm tepung hoen kwe (warna hijau)
75 ml jus pandan (kisar 4 helai daun pandan dengan 75ml air,kemudian tapis)
secubit garam

Cara2 nya:-
1.Masukkan semua bahan2 dlm periuk & kacau sebati. Pastikan adunan x berketul-ketul. Kalau dh berketul-ketul, bleh la tapiskan.hihi..

2. Masak di atas api sederhana sehingga pekat dan berkilat. jangan tinggal. kena kacau sentiasa. kalau tak hangit.. Bila dah likat, tutup api. kemudian biarkan dia suam2..proses melapiskan kek pula ye

**griskan loyang yang sedikit besar daripada cake dengan marjerin.
**masukkan lapisan cake sponge yang pertama
**Kemudian sendukkan kastard tadi dan tutupkan keseluruhan lapisan cake nie.
**buat benda yang sama sampai lapisan ketiga.
**ok kat tepi2 tu ada ruang2 kosong kan.. penuhkan dengan kastard tu
**last sekali,tutup permukaan kastard tadi dengan kelapa kering.
**masukkan dalam peti sejuk sekurang2nya 2 jam.



Peminat kek span & puding kastad bleh mencuba resepi ni ye

(Satu petua....gunakan tin utk membakar kek tadi, cuci tapi tak payah guna sabun, cuma buang kerak2 yg tertinggal, lepas tu keringkan, kerana saki baki mentega yg kita guna utk mengris tin tu masih ada dan ini memudahkan kek yg telah dilapis dgn kastard utk dikeluarkan...)
okay buat masa nie x dpt nk upload gambar  PANDAN LAYERED CAKE ini lagi,nie cuma gambar contoh aje..insyaallah dlm minggu nie sy akan upload pic terkini apabila sudah siap utk delivery..insyaallah.amin




No comments:

Author