Monday 25 May 2015

strawberry custard tarts

GAMBAR HIASAN

Jom lah kita buat tart ni.. boleh juga kalau kita nak buat hidangan untuk buat jamuan kat office atau jamuan petang minum tea bersama kawan-kawan.Caranya membuatnya lebih kurang sama dengan blueberry cheese tartless .Yang membezakannya adalah custardnya sahaja.

BAHAN SHELL TART 
150 gram tepung halus (tepung gandum pun ok)
25 gram gula aising, diayak
70 gram mentega sejuk, didadu kecil
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 camca teh esen vanilla


BAHAN CUSTARD
1 cawan susu segar
1 1/2 camca besar tepung kastard
1 1/2 camca besar gula halus
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar mentega

tambah sedikit garam

BAHAN-BAHAN LAIN 
Buah starwberry segar (ikut brp tartles yg kita nak buat)


Penyediaan Shell Tart
1.Gaul tepung, gula aising dan mentega sejuk hingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti, guna hujung jari saja. Tuang esen vanilla dan masukkan telur sedikit demi sedikit dan digaul hingga menjadi doh.
2.Rehatkan sekejap. Sediakan acuan tart, ambil doh tadi sebesar duti 20 sen dan tekan dalam acuan tat dan bentukkan mengikut acuan tadi dan kemaskan. 
3.Buat hingga siap, cucuk sikit degan garfu pada dasar doh dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Biar sejuk sebentar dan keluarkan dari acuan. Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.

Penyediaan Kastard 
1.Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla, dalam periuk
2.Kacau dengan whisk hingga semua sebati
3.Masak atas api kecil hingga kastard pekat, kacau selalu. Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau rata dan ketepikan sebentar, biar sejuk sedikit.


Hiasan
Buah strawberry dipotong 2 atau ikut saiz shell tart.
kemudian sudukan kastard 1/2 penuh. 
Susun buah strawberry  
Boleh juga disimpan dalam peti sejuk.


Selamat Mencuba :-)




No comments:

Author