Saturday 20 June 2015

Congo Bars...

Assalamualaikum n salam sejahtera semua...
hari nie nk kongsi story n resepi congo bars plak la..Congo Bar???..sangat sedap dan mudah tau.bahan2nya pun mudah sahaja  boleh dicari.ringkas sgt..jom kita cuba..nway thanks zalinzalina.blogspot.com atas resepi yg diberi.

Okay bahan2 yg diperlukan..

310 gram Tepung Gandum
2 1/2 sudu kecik  Baking Powder
250  Butter    ( ramai yang buat guna 150 gram butter ikut cita rasa masing2 tp sy gunakan 250gm butter)
300 gram   Gula Perang
3 biji telur B

1 sudu kecik  Esen Vanilla

Cara membuatnye:-

1)Pukul butter dan gula perang. Sebaiknya butter yang dah lembut. Pukul tak perlu hingga kembang. Guna kelajuan perlahan.



2)Kemudian masukkan telur.pukul sekejap juga

3)Kemudian masukkan essen vanila

4)Masukkan tepung gandum yang dah dicampurkan dengan Baking Powder. Selepas tepung dah gaul rata, kita kaup balikkan adunan tersebut

5)Masukkan Coklat Chip & kekacang berapa byk yg anda nak rasa sedap.

6)guna loyang 10 x 10. Tidak digalakkan guna loyang kecik, nanti kurang masak bahagian tengah. Kita lengserkan loyang dengan margerin atau butter dan kita alaskan dengan baking paper. Kemudian kita masukkan adunan ke dalam loyang.

7)Ratakan semua bahagian

8)Tabur choc chip & kekacang diatas permukaan rata itu tadi.(saya tabur choc chip je)


9)Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30 minit atau mengikut kesesuaian oven. Sebelum tu kena la panaskan oven dulu selama 15 minit.

Bila dah sejuk sikit, kita keluarkan dari loyang

untuk raya tahun ini boleh dihidang pada tetamu ye.



Selamat Mencuba :)

No comments:

Author