Sunday 26 July 2015

Chocolate moist cake

Assalamualaikum n salam sejahtera buat semua,

Baru2 nie saya ada buat choc moist cake buat saudara mara yang terdekat,dan ramai juga yg tanya mcm mna nk buat.mmg saya nak kongsi pd mereka semua tp al maklumlah nama pun hari raya manalah sempat nk salin resepi ye ke dok?hihi

Okay mcm nie,disini saya ingin kongsikan resepi kek choc moist buat semua..

Rujukan:http://cahayahidupku2569.blogspot.com/2014/01/resepi-kek-coklat-moist-anis.html tq sgt2 sbb sudi kongsikan resepi yg sgt sedap iniπŸ’œπŸ’œπŸ’œ

Okay ni resepinya ye.😊


KEK COKLAT MOIST ANIS


Bahan A
1 cawan air
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
2 biji telur

Bahan B

1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat

Bahan C ( Topping )

1 cawan minyak masak
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat

Cara-caranya :

Masak bahan A(kecuali telur) dengan api sederhana ( masak sehingga gula larut dalam air). 2 biji telur dipukul sekali dan masak sekali dengan bahan A. Akhir sekali masukkan bahan-bahan B dan masak bersama. Siap untuk di kukus atau di bakar.
#kek 1 kilo akan masak dalam 20-30 minit samada bakar@kukus.




Cara-cara membuat topping :(saya x buat topping tp ttp sedap n lemak manis)

Panaskan minyak masak dan masukkan serbuk koko dan susu pekat kemudian kacau. ( sekiranya pekat sangat boleh masukkan sedikit full cream @ kurangkan serbuk koko. Siap untuk di topping.

Selamat mencuba semua.

No comments:

Author