gambar hiasan |
Dah lama dah rasa tak berkongsi resepi buat semua kan..
Bila time hujan2 macam nie teringin plak nak makan kuih keria kentang..nak beli kat kedai tu mmg boleh je tapi mestilah kita nak rasa juga hasil dari tangan seendiri betul tak???,,yg paling penting suami dan family pasti suka.
Kuih Keria Kentang
Resepi dari kak Sheila Rusly
Bahannya:
300gm kentang (direbus hingga lembut)senang nak dibentuk
1 cawan tepung gandum
1 sb margerin
1 sb gula pasir
1 st baking powder (tak letak pun boleh)
sedikit pewarna kuning
Caranya:
1. Lenyek halus kentang tu semasa masih panas. Masukkan sekali margerin, gula pasir dan pewarna. Biar hingga kentang sejuk.
2. Masukkan tepung dengan baking powder dalam adunan kentang. Uli hingga tak melekat ditangan. Jika masih lembik ( ikut jenis kentang), tambah sikit lagi tepung gandum.
3. Bentukkan seperti donat. Goreng hingga garing dan keemasan. Angkat dan toskan. Ketepikan dulu.
Bahan sira gula:
3 sb gula pasir
2 sb air
Caranya:
1. Gula + air dimasak hingga berbuih dan pekat.
2. Masukkan kuih keria tadi, gaul rata. Tutup api dan terus gaul hingga gula mengering
tips:-1. Masak air gula mcm masak sirap mmg air masa rebus gula sikit sbb nak cepat sirap tu pekat berbuih2 dan bertali- tali.
2. Masa ni api slow tapi pergerakan kita kena pantas.
3. Masukan keria dh siap goreng dlm sirap yg pekat ini. Gaul dgn sudip bg sirap tu salut keria. Masa ni gula makin mengeras dan mula memutih berdebu2 dan berkeping2 melekat pd keria dan kuali. Tutup api ...masa ni kuali masih panas teruskan mengaul sirap gula tu...
insyaallah pasti menjadi..
Selamat Mencuba semua..
No comments:
Post a Comment