Sunday, 6 December 2015

Peanut butter and chocolate brownies

gambar hiasan
Assalamualaikum dan selamat pagi semua..Pagi2 nie teringin pula nak buat Peanut butter and chocolate brownies..ye lah dah lama tak baking kot coz bz sgt kerja..Bila dah abis closong account nie dapatlah balik awal sikit dan mula membaking ..hihi..So jom kita buat sama2 brownies ni.






SUMBER DARI :www.taste.com 

BAHAN-BAHANNYA :-
150gm coklat masakan perlu dicincang kasar (tp saya campur dengan nutella)
100gm mentega
215gm(1 cawan) gula caster if nak guna gula perang 1/3 cawan pun boleh juga
75gm(1/2 cawan ) tepung gandum + garam sedikit
2 sudu besar cocoa powder 
2 biji telur 
3-4 sudu besar smooth peanut butter lagi senang
1 sk vanilla

untuk cairkan peanut butter, cairkan dalam setengah sudu besar mentega dan gaul sebati dengan peanut butter hingga dia agak cair sikit..jangan terlebih cair jugak agakagak boleh kacau ringan tak berat dah ok la tu.. kalau rasa tak cukup mentega tu , cairkan sikit dan tambah ke dalam peanut butter.
tq dari dunia dapurku sbb bagi tips yang berguna ini..

CARA-CARA :-
1. alaskan loyang 16 x 26cm dengan baking paper. lebihkan kertas bahagian tepi senang nak angkat lepas bakar nanti
2. cairkan coklat masakan dengan mentega secara double boiler sehingga cair+vanilla 
3.masukkan gula,garam, tepung gandum dan serbuk koko ke dalam mangkuk besar dan kacau rata. masukkan adunan coklat ayng telah dicairkan dan kacau rata.
4. masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga sebati (saya nie malas nak guna handwhisk ) 
5. tuangkan ke dalam loyang dan ratakan lepas tu tuangkan peanut butter cair tadi letak macam jadi kek marble tuh..
6. bila dah siap boleh bakar guna ikut suhu oven masing-masing yang dah dipanaskan.. 

NOTA: bakar guna suhu oven 150-160 C dalam 25-30 minit (ikut suhu oven masing2)sebab 
**if guna loyang hitam,kena kurangkan suhu 

nutrition


Energy
1445kJ
Fat saturated
8.00g
Fat Total
20.00g
Carbohydrate sugars
26.00g
Carbohydrate Total
34.00g
Dietary Fibre
g
Protein
6.00g
Cholesterol
mg
Sodium
146.95mg
All nutrition values are per serve.

No comments:

Author