Monday, 14 March 2016

TIRAMISU CAKE

gambar hiasan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua

Sebut je tiramitsu mesti korang dah terbayang-bayangkan betapa mahal kos untuk membuatnya kan?Tapi kali nie boleh buat dengan kos yang murah sikit berbanding asal (kira mudah sikit la membuatnya)





Bahan-bahannya:

Kek Sponge(nak senang beli je)hihi
Whipping cream.. guna dlm 250ml
Cream cheese resepi asal guna brand kraft tapi saya suka tartura
Serbuk koko
Serbuk nescafe 
Esen vanila
gula kastor
Air(lebih kurang separuh gelas)

p/s:kata hak milik resepi asal(tq kak ana suzana atas resepi yang simple ini) if nak lagi sedap boleh doublekan semua bahan diatas kecuali
kek,serbuk koko, sebab rasanya lagi sedap.sebab lebihkan cheese



Cara Membuatnya:
  1.  Mula2, masukkan cream cheese
  2. Campurkan 250 ml whipping cream
  3. Masukkan satu sudu teh esen vanila.
  4. Masukkan setengah cwn gula castor
  5. Mix semua bhn tersebut sampai sebati 
  6. Bancuh air td dgn sudu kecil nescafe  bancuh tanpa gula taw tujuannya untuk melembabkan kek tuang sedikit ke dalam piring dan kek sponge tadi boleh la ditepekkan depan belakang secara cepat sepaya tidak terlalu lembik.(lembabkan ala kadar)
  7. masukkan ke dalam bekas loyang @ cawan,berselang seli dengan cream cheese yang telah di satukan taditp jangan terlupa setiap lapisan cheese tersebut boleh lah gunakan penapis, korang taburkan serbuk koko di atasnya ye.mesti kelihatan lebih cantik dan sedap 
  8. Akhir sekali simpan dalam peti sejuk ye sebelum makan.
Selamat mencuba

No comments:

Author